Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Education. Papar semua catatan
Jumaat, 12 Disember 2014
Sindrom Pinocchio tidak wujud seperti dalam drama Korea PINOCCHIO
Drama Korea Pinocchio yang telah mula disiarkan pada 12 November 2014 hingga 15 Januari 2015 yang menceritakan tentang seorang lelaki bernama Ki Ha Myeong yang mempunyai masa lalu yang buruk apabila keluarga bahagia beliau musnah ketika ayahnya dituduh menyebabkan kematian ahli pasukannya ketika dia dan ahli pasukannya cuba menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap di dalam kilang. Selepas kejadian buruk itu, keluarganya musnah sama sekali, ibu Ha Myeong membunuh diri( JANGAN TIRU APA YANG DILAKUKAN OLEH IBU HA MYEONG) , abang Ha Myeong pula hidup dengan dendam kepada orang yang menyebabkan keluarganya musnah, manakala Ha Myeong yang dipercayai mati bersama ibunya telah diselamatkan oleh Choi Gong Phil dan Ha Myeong telah dijadikan anak angkat oleh Choi Gong Phil apabila Choi Gong Phil mengangap itu adalah anaknya yang mati berapa puluh tahun dahulu. Ketika itulah dia berjumpa dengan gadis bernama Choi In Ha. Choi In Ha adalah insan istimewa apabila beliau adalah menghidap sindrom Pinocchio. Sindrom Pinocchio adalah dimana sesiapa yang mempunyai sindrom ini akan tersedu apabila berbohong.
Labels:
Education,
Entertainment
Selasa, 17 September 2013
KOMSAS TINGKATAN 2 : GEMA SEPI GADIS GENIUS
Baru-baru ni kena buat pembentangan komsas Gema Sepi Gadis Genius. Jadi Faris nak kongsi maklumat tentang Komsas Gema Sepi Gadis Genius.
KOMSAS GEMA SEPI GADIS GENIUS.
Sinopsis
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.
Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Labels:
Education
Langgan:
Catatan (Atom)
Category
- Blog News (1)
- Education (2)
- Entertainment (6)
- News (3)
- Private Life (2)
- Sports (3)


