1. Gelanggang permainan
Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
2. Bola
Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.
3. Bilangan pemain
Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.
4. Pakaian
Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.
Jumaat, 21 Februari 2014
BERITA SUPREME WILL MAKE COMEBACK
BERITA SUPREME AKAN KEMBALI SELEPAS LAMA MENYEPI...
PLEASE SUPPORT supremepost.blogspot.com ...
FAZ STUDIO EMPIRE :
http://www.youtube.com/user/fazstudio
https://www.facebook.com/FAZ.Studio
http://www.twitter.com/fariszarif
PLEASE SUPPORT supremepost.blogspot.com ...
FAZ STUDIO EMPIRE :
http://www.youtube.com/user/fazstudio
https://www.facebook.com/FAZ.Studio
http://www.twitter.com/fariszarif
Labels:
Blog News
Selasa, 17 September 2013
KOMSAS TINGKATAN 2 : GEMA SEPI GADIS GENIUS
Baru-baru ni kena buat pembentangan komsas Gema Sepi Gadis Genius. Jadi Faris nak kongsi maklumat tentang Komsas Gema Sepi Gadis Genius.
KOMSAS GEMA SEPI GADIS GENIUS.
Sinopsis
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani praktikal dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.
Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL. Di sini berlaku perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya. Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu.
Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.
Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.
Labels:
Education
'NIKE HYPERVENOM HI-VIS ELECTRO PURPLE BOOT COLORWAY' Dikeluarkan (MALAY LANGUAGE)

Boot NIKE Hypervenom terbaru telah diperkenalkan sebelum Piala Konfederasi 2013 di Brazil oleh Neymar, yang mana merupakan wajah baru boot NIKE yang direka untuk penyerang. Boot NIKE Hypervenom terbaru telah dilancarkan dengan tiga warna yang berbeza, termasuk keluaran boot oren yang dipakai oleh pelbagai pemain di seluruh dunia.
Nike Hypervenom Electric Purple / Volt Boot yang dikeluarkan 2 hari yang lepas yang mempunyai ciri warna yang sama dengan boot September 2013 Nike Mercurial Vapor. Boot Nike Hypervenom Phantom terbaru adalah sebahagian daripada koleksi Nike Hi-Vis.
NIKE HYPERVENOM ELECTRO PURPLE / VOLT / BLACK
Electro Purple Nike Hypervenom Colorway terbaru mempunyai tiga warna utama yang berbeza. bahagian atas boot mempunyai teknologi NikeSkin berwarna ungu di bahagian hadapan dan volt pada tumit boot NIKE Hypervenom.
Labels:
Sports
NIKE HYPERVENOM HI-VIS ELECTRO PURPLE BOOT COLORWAY RELEASED (ENGLISH LANGUAGE)
The new Nike Hypervenom Boot line has been unveiled before the 2013 Confed Cup in Brazil by Neymar, who is the face of the totally new Nike boot silo designed for strikers. The new Nike Hypervenom Boot has been unveiled in three different colorways yet, including the orange releasing boot, which is worn by various players around the globe.
The Nike Hypervenom Electric Purple / Volt Boot was officially released 2 day before and features similar colors as the September 2013 Nike Mercurial Vapor Boot. The new Nike Hypervenom Phantom Boot is part of the Nike Hi-Vis collection.
NIKE HYPERVENOM ELECTRO PURPLE / VOLT / BLACK
The new Electro Purple Nike Hypervenom Colorway features three different main colors. The upper, which features the NikeSkin technology, is purple on the front and volt at the heel of the Nike Hypervenom Boot. The tongue of the Nike Hypervenom Boot is black with the silver Nike ACC lettering on it, while the sole of the boot is black also.
Labels:
Sports
Kim Jong Kook - How come You don't know (Good Doctor OST) with ENGL + ROM SUB
latest song from Kim Jong Kook
Eng + Roman Sub
[MV] Kim Jong Kook - How come You don't know
This video is not mine... thanks to Kdramaost9 for sharing this video
Labels:
Entertainment
Jumaat, 6 September 2013
SEJARAH HIDUP DATO' SUDIRMAN HAJI ARSHAD
Dato' Sudirman bin Haji Arshad (25 Mei 1954 - 22 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah memulakan kariernya sebagai seorang penyanyi apabila dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya pemegang gelaran "Penghibur Nombor 1 Asia" (pada 19 Mac 1989) dari Pahang, Malaysia sebelum kehadiran Siti Nurhaliza. Di samping itu, terdapat juga gelaran yang lain untuk beliau seperti "Penghibur Milik Masyarakat", "Seniman Rakyat" dan "Elvis Malaysia". Beliau juga mempunyai pelbagai kebolehan sebagai seorang penyanyi, penghibur, penggubah lagu, peguam, penulis, pengarang (buku memoir dan kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan dan pelakon.
Nama : Sudirman bin Arshad
Tarikh Lahir : 25 Mei 1954 (RABU)
Tempat Lahir :No. 48, Jalan Ibrahim, Temerloh,Pahang, Malaysia
Tinggi : 1.47 meter
Tarikh Kematian : 22 Februari 1992 bersamaan 18 Syaaban 1412(Sabtu) jam 4:00 pagi, (berusia 37 tahun)
Ibu : Puan Hajjah Romlah binti Dahalan
Ayah : Haji Arshad bin Haji Hassan
Adik Beradik : Zainuddin, Rodziah, Basir (Morni), Roslan dan Roaini
Sekolah :
- Sekolah Rendah Abu Bakar, Mentakab (1963-1968)
- Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia, Temerloh (1969-1971)
-Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar, Kuantan (1972-1975)
- Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1976)
*Ijazah undang-undang (LL.B) (1980)
Labels:
Entertainment
Langgan:
Catatan (Atom)
Category
- Blog News (1)
- Education (2)
- Entertainment (6)
- News (3)
- Private Life (2)
- Sports (3)













.jpg)