Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Ahad, 2 Mac 2014

PENGALAMAN BERMAKNA DI KEM KENARI, YAN, KEDAH (Part 2)

Faris nak sambung cerita dari 'part' sebelum ni.

Selepas ja tamat permainan di kolam, kami diberi masa untuk membersihkan diri. Habis basah asrama kami  sebab masuk asrama dengan basah kuyup. Selepas lebih kurang 15-25 minit, kami ke kantin untuk gmenjamu selera. Selepas menjamu selera, kami ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Kami juga membaca Yassin dan mendengar kuliah Maghrib selepas solat Maghrib. Selepas solat Isyak, kami terus ke dewan untuk aktiviti malam. Pelbagai aktiviti diberi kepada kami, tapi yang paling mencabar minda adalah membangun pulau. Untuk aktiviti ini kami diarahkan membangunkan sebuah pulau jika kami mempunyai 500 juta ringgit (tak pasti). Bermacam-macam idea muncul dalam kumpulan kami, dan terbentuklah sebuah pulau yang diberi nama 'Havoc Island'.
HAVOC ISLAND

dalam progress membentuk Havoc Island

Selepas saja tamat aktiviti membina pulau. Kami mendengar ceramah dari ketua fasilator dan juga cerita silam abang Erwin. Pelbagai nasihat diberikan kepada kami ketika ceramah ini. Selepas itu, kami dibenarkan pulang ke asrama masing-masing. Asrama kami yang paling gempak sebab macam-macam berlaku dalam satu malam sahaja. Antaranya bila satu katil bengkok disebabkan seseorang (nama dirahsiakan). Memang kering gusi Faris dibuatnya. Dalam pukul 2:30 pagi kami semua pun tidur. Pada pukul 5:30 pagi, semua orang dalam asrama kami terjaga. Kami adalah satu-satunya asrama yang dapat bangun pagi sebelum fasilator tanpa bantuan fasilator (terasa bangga). Dalam pukul 6:10 pagi, kami semua ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Selepas tamat, Solat Subuh, kami mendengar kuliah Subuh. Walaupun kuliah yang singkat, tetapi dapat dipelajari oleh kami.

Selepas saja Kuliah Subuh, kami pergi ke tapak kereta untuk melakukan senaman pagi. Pertama sekali, kami memanaskan badan yang diketuai oleh Shalfareez. Selepas itu, kami melakukan aktiviti pagi. Aktiviti ini memerlukan ingatan dan kerjasama pasukan.Setiap kumpulan diberi satu arahan untuk membuat gaya berdasarkan sesuatu aktiviti. Kumpulan kami diberi arahan untuk membuat gaya melipat pakaian. Selepas membuat gaya, kami diberikan arahan untuk membuat gaya kumpulan lain. Susah juga la nak ingat setiap pasukan punya gaya. Selepas itu kami perlu berkerjasama untuk memastikan gaya kami cepat dan sama. Dekat sini la memerlukan kerjasama pasukan. Walaubagaimanapun, kami tetap tak menang, sekadar nombor 4 ja. Takpa la janji TOP 4. 

senaman pagi

Sabtu, 1 Mac 2014

PENGALAMAN BERMAKNA DI KEM KENARI, YAN, KEDAH (Part 1)

Hari ni Faris nak berkongsi pengalaman Faris ketika menyertai KEM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI 2014 KSAH di Kem Kenari, Yan, Kedah pada 27-28 Februari 2014.

Walaupun hanya 2 hari 1 malam tetapi banyak benda dikongsi fasilator-fasilator yang terlibat dari Institut Perguruan Darul Aman.

Peserta-peserta bertolak dari Kolej Sultan Abdul Hamid pada pukul 2.00 petang (Lambat sejam dari waktu yang sepatutnya sebab sebab-sebab tak dielakkan). Kami sampai di Kem Kenari pada pukul 3:15 petang (tak pasti). Sampai saja di sana, kami menjamu selera dulu dengan perut yang lapar (bagai orang mengantuk disorongkan bantal). Selepas itu, kami masuk ke asrama masing-masing. Selepas itu, kami pergi ke dewan yang diberi nama Dewan Terapung. Kami diperkenalan dengan fasilator-fasilator dan dibahagikan kumpulan.
Faris masuk ke dalam Kumpulan 6 di bawah pimpinan fasilator Kak Rika. 
Barisan-barisan Fasilator dari IPDA.

Jumaat, 21 Februari 2014

Undang-Undang dan Peraturan Bola Baling (MALAY LANGUAGE)

1. Gelanggang permainan

     Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat dirat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..

         
2. Bola

     Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.


3. Bilangan pemain

     Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.


4. Pakaian

     Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.


BERITA SUPREME WILL MAKE COMEBACK

BERITA SUPREME AKAN KEMBALI SELEPAS LAMA MENYEPI... 

PLEASE SUPPORT supremepost.blogspot.com ...

FAZ STUDIO EMPIRE :

http://www.youtube.com/user/fazstudio
https://www.facebook.com/FAZ.Studio
http://www.twitter.com/fariszarif


Selasa, 17 September 2013

KOMSAS TINGKATAN 2 : GEMA SEPI GADIS GENIUS

Baru-baru ni kena buat pembentangan komsas Gema Sepi Gadis Genius. Jadi Faris nak  kongsi maklumat tentang Komsas Gema Sepi Gadis Genius.

KOMSAS GEMA SEPI GADIS GENIUS.



Sinopsis
Basirah merenung berbelas-belas komputer di Makmal Perdana. Namun tiadapun daripadanya berjudul program ‘antibusut’. Dalam keadaan fikirannya yang sedang kusut, Basirah terkenang akan kakaknya, Hanani semasa mereka masih kecil lagi, semasa Hanani di tadika sehinggalah Basirah melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Komputer. Banyak perbezaan antara mereka berdua.
         
Selain itu, Basirah juga teringat akan ayahnya yang sentiasa sibuk. Basirah menjalani  praktikal  dengan menduduki jawatan timbalan pengurus makmal sistem komputer Makmal Perdana. Seperti kebiasaan, Basirah tercabar dengan masalah ‘busut’ yang dilonggokkan oleh pengurus makmalnya. Basirah bersemuka dengan teman-temannya, para timbalan pengurus. Basirah membentangkan masalah busut. Namun, dia dikritik. Ada ketikanya Basirah berasa sebak tetapi dia tidak akan menganggap kritikan sebagai jemputan untuk bertinju, sebaliknya sebagai satu alternatif.

Oleh itulah, dia telah membuka buku log untuk merekod penceroboh. Basirah terkejut apabila penceroboh menyelongkar segala-galanya yang berkaitan dengan ketenteraan. Oleh itu, Basirah telah membawa masalah tersebut kepada teman sejawatnya. Basirah menganggap penceroboh tersalah sasaran. Sasaran penceroboh untuk menembusi  saluran internet di Makmal Perdana Kebangsaan Labuan atau MPKL.  Di sini berlaku  perbezaan pendapat antara Basirah dengan rakannya.  Akhirnya Basirah membuat ujikaji dengan menggunakan alat osiloskop bagi menentukan jarak antara makmal dengan penceroboh. Lamunan Basirah terhenti apabila pintu yang terkuak berbunyi. Beberapa remaja tersembul di muka pintu makmal. Kakaknya datang membawa kek dan mengucapkan selamat hari jadi. Basirah cukup terharu. 

Selepas itu, sekali lagi, osiloskop dipasang untuk mengesan gema pangilan dari luar. Ketika mereka sibuk mengesan gema, tiba-tiba penceroboh membuat panggilan di komputer-komputer makmal. Belum sempat dia memberi amaran agar berwaspada terhadap penyelia khususnya, penceroboh sudah lenyap dari skrin komputernya. Hanani  yang ada pada ketika itu menyarankan menggunakan umpan untuk menembusi tembok penceroboh. Hanani tersipu malu. Basirah menghubungi pensyarahnya tentang perkembangan terbaru. Selang beberapa minit, umpan mengena.

Basirah telah menerima ucapan tahniah atas kejayaan  menyekat penceroboh. Akhirnya, Basirah menyaksikan impian untuk masa depan yang tidak pernah diimpikan selama ini menjadi kenyataan yang indah.

'NIKE HYPERVENOM HI-VIS ELECTRO PURPLE BOOT COLORWAY' Dikeluarkan (MALAY LANGUAGE)



Boot NIKE Hypervenom terbaru telah diperkenalkan sebelum Piala Konfederasi 2013 di Brazil oleh Neymar, yang mana merupakan wajah baru boot NIKE yang direka untuk penyerang. Boot NIKE Hypervenom terbaru telah dilancarkan dengan tiga warna yang berbeza, termasuk keluaran boot oren yang dipakai oleh pelbagai pemain di seluruh dunia.

Nike Hypervenom Electric Purple / Volt Boot yang dikeluarkan 2 hari yang lepas yang mempunyai ciri warna yang sama dengan boot September 2013 Nike Mercurial Vapor. Boot Nike Hypervenom Phantom terbaru adalah sebahagian daripada koleksi Nike Hi-Vis.

NIKE HYPERVENOM ELECTRO PURPLE / VOLT / BLACK

Electro Purple Nike Hypervenom Colorway terbaru mempunyai tiga warna utama yang berbeza. bahagian atas boot mempunyai teknologi NikeSkin berwarna ungu di bahagian hadapan dan volt pada tumit boot NIKE Hypervenom.







NIKE HYPERVENOM HI-VIS ELECTRO PURPLE BOOT COLORWAY RELEASED (ENGLISH LANGUAGE)



The new Nike Hypervenom Boot line has been unveiled before the 2013 Confed Cup in Brazil by Neymar, who is the face of the totally new Nike boot silo designed for strikers. The new Nike Hypervenom Boot has been unveiled in three different colorways yet, including the orange releasing boot, which is worn by various players around the globe.

The Nike Hypervenom Electric Purple / Volt Boot was officially released 2 day before and features similar colors as the September 2013 Nike Mercurial Vapor Boot. The new Nike Hypervenom Phantom Boot is part of the Nike Hi-Vis collection.


NIKE HYPERVENOM ELECTRO PURPLE / VOLT / BLACK

The new Electro Purple Nike Hypervenom Colorway features three different main colors. The upper, which features the NikeSkin technology, is purple on the front and volt at the heel of the Nike Hypervenom Boot. The tongue of the Nike Hypervenom Boot is black with the silver Nike ACC lettering on it, while the sole of the boot is black also.







Category