Diego Milito sedang terdesak untuk beralih selepas kempen 2011/12 yang mengecewakan bersama Inter, dan yakin bahawa Nerazzurri akan bangkit semula dalam tempoh akan datang.
Skuad Giuseppe Meazza selesai di tempat keenam dalam Serie A musim ini berikutan tewas 3-1 di Lazio pada hari Ahad, dan Milito telah menggesa Inter supaya fokus kepada masa depan dan bukan menoleh ke belakang dalam sembilan bulan yang lalu.
"Kami fokus kepada musim depan. Kami kecewa kerana kami begitu mahuke kelayakan Liga Juara-juara, tapi kita perlu melihat ke hadapan," Milito memberitahu Inter Channel.
"Sasaran kami bagi tahun depan? Untuk bersaing sehingga akhir dan bermain untuk objektif biasa kami."
"Kami akan buat permulaan baik musim depan dan sekurang-kurangnya tamatkan musim dengan baik, selain kekalahan (Lazio). Kami mesti mewakili Inter sebaik mungkin. Kami akan cuba untuk cemerlang di Serie A dan juga di Liga Eropah, "tambah Milito, yang menyamai rekod peribadinya musim ini ketika dia menjaringkan 24 gol dalam 33 penampilan Serie A.
Inter akan memulakan kempen Eropah mereka musim depan pada pusingan ketiga kelayakan Liga Eropah ketika finalis Coppa Italia, Juventus dan Napoli telahpun memastikan slot masing-masing di Eropah.
Sumber : www.wiselonline.com
0 comments:
Catat Ulasan