Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Rabu, 22 Mei 2013

SUKAN : 5 Alasan Mengapa United Akan Kesukaran Tanpa Fergie



1. Tekanan Berat Untuk penganti Fergie

Bagaimana cara menyamai kecermelangan pengurus seperti Fergie dalam sejarah? Soalan ini akan terus membayangi pengganti Fergie yang akan menjadi boss baru di Old Trafford.

Sejak Sir Matt Busby bersara, United mengalami masa sukar dan sudah menukar coach sebanyak 6 kali, sebelum Fergie datang di tahun 1986. Selama itu, United berjaya meraih 3 Piala FA. Faktanya dari 39 koleksi trofi United sepanjang sejarah, 33 di antaranya datang di era Fergie atau Matt Busby. Jika melihat kenyataan ini betapa hebat pencapaian dua tokoh ini.

2. Old Traffrod Memasuki Era Baru

Dalam beberapa tahun terakhir, Man United kesulitan menghadapi perubahan bagaimana kelab dijalankan.Bnayak kelab yang mengeluarkan dana yang banyak demi mencapai kejayaan segera, contohnya Chelsea dan Man City.

Di musim depan, sekali lagi dominasi United akan terancam dengan kekuatan City dan Chelsea dengan dana yang banyak. Jika United mampu bertahan seperti ketika dikendalikan Fergie itu tidak jadi masalah bagi mereka namun,adakah mereka boleh melakukannya musim depan bersama Moyes?

3. Peranan Pemain Muda Belum tahap Maksimum

Banyak pemain muda berbakat United muncul di beberapa musim terakhir. Tetapi adakah mereka boleh terus berkembang tanpa kehadiran Fergie?

Dalam beberapa musim terakhir, Fergie selalu berupaya membawa pemain muda ke dalam skuad United.Dengan Fergie memutuskan untuk bersara dan meninggalkan tugas kepada penggantinya adakah pemain muda boleh berkembang?Musim ini saja kejayaan United meraih gelaran banyak dibantu dari pemain berpengalaman seperti Robin van Persie dan Michael Carrick.

4. Hutang Glazer dapat dibayar melalui kecermelangan United

Hutang dana keluarga Glazer untuk mengambil alih United memang tidak menghentikan langkah United untuk meraih trofi. Tetapi menurut panel kewangan, Andy Green, semua hutang itu boleh selesai kerana kecermelangan Sir Alex Ferguson yang selalu menghadirkan Trofi

"Jika bukan kerana kecermelangan Fergie, United boleh saja menjadi kelab seperti Liverpool dan juga Leeds yang mengalami kesulitan kewangan,"ujar Green.'' mungkin hutang yang terkumpul boleh saja akan selesai dalam beberapa tahun akan datang.Tetapi sepertinya Green perlu menyemak semula ramalannya itu jika pengganti Fergie gagal mempertahankan dominasi United.

5.pemain Tengah United Tidak Cukup mantap

Keputusan Paul Scholes untuk bersara dan terus menyambung kontrak Ryan Giggs menunjukkan jika Fergie gagal mencari penganti seperti Scholes di posis tengah. Kegagalan United di Liga Juara-Juara di beberapa edisi sejak kebelakangan ini juga disebabkan kegagalan pemain tengah yang berfungsi dengan baik.

Fergie cuba menyelesaikan persoalan ini dengan meletakkan Wayne Rooney sebagai pemain tengah.Tetapi sebagai pemain tengah, penampilan Rooney belum konsisten, ditambah lagi dengan ketidakjelasan akan masa depannya di United. Apa yang gagal dilakukan Fergie ini bukan perkara mudah untuk diselesaikan penerusnya nanti.

sumber : Buletin Manchester United

0 comments:

Catat Ulasan

Category