Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Jumaat, 28 Oktober 2011

Masch akui terkejut dengan peranan baru

Midfielder Barcelona, ​​Javier Mascherano berkata dia tidak menjangka akan bermain dengan kerap di bek tengah apabila menyertai kelab itu dari Liverpool tahun lepas.
 
Mascherano, 27, dilihat sebagai antara midfielder defensif yang terbaik di dunia, namun telah dipindahkan ke dalam posisi bek ketika Gerard Pique dan Carles Puyol mengalami kecederaan pada awal musim La Liga . Kini warga Argentina menyatakan dia fokus kepada membantu pasukannya, walaupun merasa agak janggal.
 
"Saya tak pernah membayangkannya, bermain sebagai bek tengah hanya setahun selepas datang ke sini, selepas final Liga Juara-juara, final Piala," kata Mascherano.
 
"Melihat bagaimana bos menggunakan saya, dia seolah-olah lebih gemar saya di bek tengah, dan bukannya di midfield. Mungkin itu berpunca daripada kecederaan pemain bek kami."
 
"Saya hanya cuba melakukan yang terbaik. Saya tahu saya memiliki beberapa masalah. Itu bukan posisi asal saya, saya tak begitu tinggi ttapi saya cuba dan atasinya dengan menggabungkan antara komitmen dan fokus. Peluang yang ada harus dimiliki dan dipertahankan."

Category