Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Sabtu, 17 Mac 2012

Marcelo Tak Gentar Bertemu Barca


Bek tepi Brazil mendedahkan yang Madrid perlu tewaskan sebarang pasukan yang diundi menentang mereka.

Musim lalu, Madrid digagalkan peluang untuk mara ke aksi penentuan Liga Juara-juara selepas tewas kepada Barcelona 3-1 secara agregat di separuh akhir, namun Marcelo tidak gusar situasi sama boleh berlaku musim ini.

"Kami tak pilih untuk diundi bertemu sesiapapun [secara tetap]," kata Marcelo kepada wartawan. "Mana-mana lawan yang kami dapat adalah sama.

"Kami cuma perlu tewaskan sesiapa yang kami dapat. Tak kisah jika kami berdepan Barca sekarang. Kami akan perlu bermain dengan cara sama untuk cuba tewaskan mereka."

Bek tepi Brazil itu kemudian meredakan kenyataan yang penyokong di Bernabeu tidak begitu gembira dengan persembahan pasukan ketika menentang CSKA.

"Peminat mahu kami bermain dengan cara lebih baik, namun perkara terpenting tentang perlawanan seperti ini adalah menang," kata Marcelo.

"Jose Mourinho adalah jurulatih yang pentingkan kemenangan dan dia minta kami untuk jadi lebih fokus."

Barcelona Berunding dengan Pep


Pep Guardiola kelihatan bersedia mempersetujui perjanjian baru satu tahun untuk kekal selaku bos Barcelona.

Berita itu tentunya memberi tamparan hebat kepada pemilik Chelsea, Roman Abramovich, yang mengenal pasti warga Sepanyol itu sebagai pengganti Andre Villas-Boas.

Abramovich merupakan peminat setia bola sepak kawalan bebas, jenis menyerang yang diterapkan Guardiola ke dalam pasukan Barca.

Sejak menggantikan Frank Rijkaard pada 2008, bos berusia 41 tahun itu telah membawa Barca ke tahap yang paling hebat.

Dia memenangi tiga kejohanan liga, dua mahkota Liga Juara-juara, satu Piala Sepanyol, tiga Piala Super Sepanyol, dua Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab FIFA sebanyak dua kali.

Dan bos warga Rusia, Abramovich berminat menawarkan gaji yang besar agar Pep Guardiola berhenti di Sepanyol dan mengubah nasib Chelsea.

Namun menurut Marca, Guardiola dan pembantunya, Francesc Vilanova mengadakan rundingan tentang melanjutkan tempoh mereka di Nou Camp awal hari ini bersama ejen, Jose Maria Orobitg.

Untuk Kembali Tevez Perlu Gigih Berlatih

Mungkin akan kembali bermain menentang Chelsea


Carlos Tevez akan menjalani latihan seminggu yang rapi dalam usaha turun bermain menentang Chelsea pada Rabu depan.

Tevez dijadualkan bermain untuk pasukan kedua Manchester City menentang NEC Nijmegen di Belanda malam kelmarin.

Namun bekas kapten City itu terpaksa menarik diri untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama pasukan utama di kompleks latihan utama kelab di Carrington.

Pengurus Roberto Mancini pada Ahad lepas memaklumkan bahawa Tevez kurnag lebih 10 hari lagi untuk membuat kepulangan.

Ia bermakna beliau boleh berada daam persaingan untuk kunjungan Chelsea ke the Etihad.

Bintang City tertarik dengan Tevez, 28, dalam sesi latihan sejak menghabiskan lima bulan di Argentina berikutan pergaduhannya dengan Mancini.

Category