Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Jumaat, 21 Oktober 2011

Redknapp Bidas Rancangan Hapus Sistem Penyingkiran

Bos Tottenham Harry Redknapp membidas pemilik kelab dari luar negara yang mahu menamatkan sistem penyingkiran Liga Perdana Inggeris dan kenaikan divisyen dari divisyen dua, Liga Kejohanan.
"Bagaimana anda tidak mahu melihat kenaikan dan penyingkiran? Ia satu skandal," kata Redknapp.
"Apa maknanya liga? Apabila kali pertama diadakan play-off di Liga Kejohanan dan divisyen satu dan dua, orang berkata, kami tak mahu play-off, tapi ia perkara yang cukup bagus."
"Ia merancakkan liga. Setahun yang lalu, dengan 10 baki perlawanan, liga sudah berakhir. Jika anda tidak memenangi liga untuk naik divisyen atau tersingkir, maka anda tak ada apa-apa, sekarang semua orang berjuang untuk sesuatu."
"Ia persaingan, pasukan cuba untuk kekal di atas. Apa yang lebih mengujakan ialah hari terakhir musim apabila pasukan cuba mengekalkan diri dan memenangi liga. Anda perlu ada kenaikan dan penyingkiran divisyen."

Category