Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Ahad, 15 Januari 2012

Ronaldinho ancam berhenti bagi isu gaji tidak dibayar

Striker, Ronaldinho mengancam berhenti kelab Brazil, Flamengo melainkan jika dia menerima lebih $2 juta dolar gaji yang tidak dibayar, ejen dan dan abangnya, Roberto de Assis memberitahu pada hari Khamis.

"Saya mahu capai persetujuan dan kemudian dia boleh bersaing di Copa Libertadores. Tapi saya tak tahu jika itu akan berlaku," kata de Assis.

Tiga suku gaji Ronaldinho dilindungi oleh kumpulan pemasaran Traffic, yang gagal dibayar dalam tempoh lima bulan, berjumlah $2.05 juta.

"Seseorang perlu bertanggungjawab, mereka perlu bayar. Kami tunggu lima bulan. Mereka (Flamengo dan Traffic) telah mencapai persetujuan tetapi kelihatan sukar untuk saya. Lima bulan telah berlalu dan tiada apa-apa ," tambah de Assis.

Presiden Kelab, Patricia Amorim menyuarakan keyakinannya bahawa perkara 'sedang berjalan'.

Namun De Assis memberi amaran jika bekas pemenang Piala Dunia berusia 31 tahun itu tidak dibayar serta-merta, dia boleh menerima salah satu tawaran yang diberikan dari kelab-kelab di Itali, Sepanyol dan Amerika Selatan.

0 comments:

Catat Ulasan

Category