Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Ahad, 15 Januari 2012

Tiada pasukan pilihan untuk aksi Piala lawan Real Madrid

Bek Barcelona, Gerard Pique berasa pertembungan pasukannya menentang Real Madrid dalam Copa del Rey akan menjadi satu perlawanan sengit.

"Dalam perlawanan di antara Barca dan Madrid, tiada pasukan pilihan, tak kira bagaimana mereka dinilai, kami akan ke Santiago Bernabeu untuk cuba menang dan dapatkan keputusan paling terbaik," katanya.

"Inilah yang telah ditentukan oleh undian, kami akan perlu sedia dengan sangat baik, seperti yang selalu kami lakukan, dan cuba untuk mara ke separuh akhir dan menang pertandingan itu."

Ditanya tentang kemenangan Khamis lalu ke atas Osasuna, Pique berkata: "Ia sentiasa sangat sukar kerana mereka bertahan dengan sangat baik, mereka bermain bersungguh-sungguh dan sentiasa sukar untuk tundukkan mereka.

"Kami lalui separuh masa pertama yang sukar, namun selepas rehat kami lebih kuat dan ia sentiasa bagus datang ke sana dan menang."

Barca akan ke Santiago Bernabeu pada 18 Jan, dengan perlawanan kedua akan berlangsung tepat seminggu seterusnya.

0 comments:

Catat Ulasan

Category