Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Sabtu, 17 Mac 2012

Marcelo Tak Gentar Bertemu Barca


Bek tepi Brazil mendedahkan yang Madrid perlu tewaskan sebarang pasukan yang diundi menentang mereka.

Musim lalu, Madrid digagalkan peluang untuk mara ke aksi penentuan Liga Juara-juara selepas tewas kepada Barcelona 3-1 secara agregat di separuh akhir, namun Marcelo tidak gusar situasi sama boleh berlaku musim ini.

"Kami tak pilih untuk diundi bertemu sesiapapun [secara tetap]," kata Marcelo kepada wartawan. "Mana-mana lawan yang kami dapat adalah sama.

"Kami cuma perlu tewaskan sesiapa yang kami dapat. Tak kisah jika kami berdepan Barca sekarang. Kami akan perlu bermain dengan cara sama untuk cuba tewaskan mereka."

Bek tepi Brazil itu kemudian meredakan kenyataan yang penyokong di Bernabeu tidak begitu gembira dengan persembahan pasukan ketika menentang CSKA.

"Peminat mahu kami bermain dengan cara lebih baik, namun perkara terpenting tentang perlawanan seperti ini adalah menang," kata Marcelo.

"Jose Mourinho adalah jurulatih yang pentingkan kemenangan dan dia minta kami untuk jadi lebih fokus."

0 comments:

Catat Ulasan

Category