Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Ahad, 2 Mac 2014

PENGALAMAN BERMAKNA DI KEM KENARI, YAN, KEDAH (Part 2)

Faris nak sambung cerita dari 'part' sebelum ni.

Selepas ja tamat permainan di kolam, kami diberi masa untuk membersihkan diri. Habis basah asrama kami  sebab masuk asrama dengan basah kuyup. Selepas lebih kurang 15-25 minit, kami ke kantin untuk gmenjamu selera. Selepas menjamu selera, kami ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Kami juga membaca Yassin dan mendengar kuliah Maghrib selepas solat Maghrib. Selepas solat Isyak, kami terus ke dewan untuk aktiviti malam. Pelbagai aktiviti diberi kepada kami, tapi yang paling mencabar minda adalah membangun pulau. Untuk aktiviti ini kami diarahkan membangunkan sebuah pulau jika kami mempunyai 500 juta ringgit (tak pasti). Bermacam-macam idea muncul dalam kumpulan kami, dan terbentuklah sebuah pulau yang diberi nama 'Havoc Island'.
HAVOC ISLAND

dalam progress membentuk Havoc Island

Selepas saja tamat aktiviti membina pulau. Kami mendengar ceramah dari ketua fasilator dan juga cerita silam abang Erwin. Pelbagai nasihat diberikan kepada kami ketika ceramah ini. Selepas itu, kami dibenarkan pulang ke asrama masing-masing. Asrama kami yang paling gempak sebab macam-macam berlaku dalam satu malam sahaja. Antaranya bila satu katil bengkok disebabkan seseorang (nama dirahsiakan). Memang kering gusi Faris dibuatnya. Dalam pukul 2:30 pagi kami semua pun tidur. Pada pukul 5:30 pagi, semua orang dalam asrama kami terjaga. Kami adalah satu-satunya asrama yang dapat bangun pagi sebelum fasilator tanpa bantuan fasilator (terasa bangga). Dalam pukul 6:10 pagi, kami semua ke surau untuk menunaikan solat Subuh. Selepas tamat, Solat Subuh, kami mendengar kuliah Subuh. Walaupun kuliah yang singkat, tetapi dapat dipelajari oleh kami.

Selepas saja Kuliah Subuh, kami pergi ke tapak kereta untuk melakukan senaman pagi. Pertama sekali, kami memanaskan badan yang diketuai oleh Shalfareez. Selepas itu, kami melakukan aktiviti pagi. Aktiviti ini memerlukan ingatan dan kerjasama pasukan.Setiap kumpulan diberi satu arahan untuk membuat gaya berdasarkan sesuatu aktiviti. Kumpulan kami diberi arahan untuk membuat gaya melipat pakaian. Selepas membuat gaya, kami diberikan arahan untuk membuat gaya kumpulan lain. Susah juga la nak ingat setiap pasukan punya gaya. Selepas itu kami perlu berkerjasama untuk memastikan gaya kami cepat dan sama. Dekat sini la memerlukan kerjasama pasukan. Walaubagaimanapun, kami tetap tak menang, sekadar nombor 4 ja. Takpa la janji TOP 4. 

senaman pagi


Selepas itu, kami makan pagi di kantin. Makan nasi lemak di awal pagi memang kena bak kata orang Kedah. Waktu makan pagi juga kami diberi latihan untuk berdikari. Kami perlu mengupas sendiri kulit telur rebus (benda simple jer). Selepas itu, kami ke dewan untuk aktiviti di dalam dewan. Pelbagai aktiviti dirancang oleh barisan-barisan fasilator. Antaranya aktiviti pemberita kepala 4, wawasan diri dan menyenaraikan 10 ciri-ciri pelajar cemerlang. Aktiviti wawasan diri adalah aktiviti untuk merancang masa depan kita. Kita perlu merancang masa depan kita. Dalam aktiviti ini kami diberi pengajaran iaitu kita perlu ada matlamat untuk berjaya. Manakala, aktiviti menyenaraikan 10 ciri-ciri pelajar cemerlang perlukan kita menyenaikan sikap yang perlu ada untuk berjaya. Kami pun tulis sajalah apa yang nampak logik untuk berjaya. Selepas itu, kami perlu memilih 3 yang terbaik dari 10 yang tadi. Aku memilih beriman, menghormati ibu bapa/guru dan berperikemanusiaan. Berperikemanusiaan tu tak tau la datang dari mana, aku letak saja. Lepas itu pulak kami perlu memilih 3 yang terbaik dari kumpulan kami untuk dibentangkan di hadapan semua orang. Kami memilih Amanah, Disiplin dan ??? (tak ingat, sori). Kumpulan kami yang paling banyak kena soal. Geram juga dalam hati ini. Tak pa la, orang nak tanya, jawab ja la. 

aktiviti pagi


Selepas tamat aktiviti, kami pergi ke Masjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Nasib baik Asrama kami dah mandi awal pagi tadi, jadi tak la susah-susah nak mandi lagi. Selepas balik dari Solat Jumaat, kami makan petang dengan mi goreng (tak pasti). Selepas itu, kami masuk ke dalam dewan untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti bangun sambil pegang tangan kawan. Kami perlu membelangkangi kawan dan 'link' tangan dan cuba untuk bangun. Semakin lama, semakin banyak jumlah orang dalam kumpulan dalam aktiviti ni. Selepas itu, terus ke majlis penutup untuk Kem Motivasi Transformasi Diri 2014. Terasa sedih jugak la sebab rasa singkat sangat kem ni. Walau apapun banyak ilmu dicurahkan dari barisan fasilator kepada kami. Sebelum balik, kami ambil gambar untuk kenangan para pelajar dan fasilator.

Kami dari KSAH harap para fasilator jangan lupakan kami di KSAH. Kami harap agar semua fasilator akan berjaya sebagai seorang cikgu. Jika ada rezeki, kita semua mungkin akan bertemu lagi. Insyaallah.  
Jangan lupakan kami... :D

0 comments:

Catat Ulasan

Category