Subscribe:

Pages

Labels

Label

Open Cbox

FEATLIST

Ads 468x60px

Social Icons

Jumaat, 12 Disember 2014

Sindrom Pinocchio tidak wujud seperti dalam drama Korea PINOCCHIO


























Drama Korea Pinocchio yang telah mula disiarkan pada 12 November 2014 hingga 15 Januari 2015 yang menceritakan tentang seorang lelaki bernama Ki Ha Myeong yang mempunyai masa lalu yang buruk apabila keluarga bahagia beliau musnah ketika ayahnya dituduh menyebabkan kematian ahli pasukannya ketika dia dan ahli pasukannya cuba menyelamatkan mangsa kebakaran yang terperangkap di dalam kilang. Selepas kejadian buruk itu, keluarganya musnah sama sekali, ibu Ha Myeong membunuh diri( JANGAN TIRU APA YANG DILAKUKAN OLEH IBU HA MYEONG) , abang Ha Myeong pula hidup dengan dendam kepada orang yang menyebabkan keluarganya musnah, manakala Ha Myeong yang dipercayai mati bersama ibunya telah diselamatkan oleh Choi Gong Phil dan Ha Myeong telah dijadikan anak angkat oleh Choi Gong Phil apabila Choi Gong Phil mengangap itu adalah anaknya yang mati berapa puluh tahun dahulu. Ketika itulah dia berjumpa dengan  gadis bernama Choi In Ha. Choi In Ha adalah insan istimewa apabila beliau adalah menghidap sindrom Pinocchio. Sindrom Pinocchio adalah dimana sesiapa yang mempunyai sindrom ini akan tersedu apabila berbohong.


Disebabkan sindrom ini, banyak orang bertanya adakah sindrom ini benar-benar wujud. Krew Produksi drama Pinocchio menjawab bahawa sindrom ini tidak wujud sama sekali. Sindrom ini hanyalah rekaan sama sekali.

Apabila admin menyiasat  tentang sindrom pinocchio ini, ada sindrom yang dipanggil Pinocchio-syndrome” atau lebih dikenali sebagai Gelotophobia dimana sesiapa mempunyai phobia ini akan takut untuk digelak oleh orang lain. Jika anda berminat  tentang phobia ini anda bolehlah cuba cari di Internet tentang Gelotophobia.

0 comments:

Catat Ulasan

Category