Ejen Cristian Chivu mendedahkan bahawa pemain bek Inter itu akan membuat keputusan mengenai masa depannya "menjelang akhir minggu ini".
Bekas pemain antarabangsa Romania itu tamat kontrak musim panas ini dan walaupun Nerazzurri dilaporkan menawarkannya perjanjian baru dua tahun, bek serba boleh ini sedang menilai tawaran dari luar Itali.
Namun, wakil Chivu iaitu Victor Becali, mendakwa anak guamnya tidak lama lagi akan memberitahu Inter apa keputusan olehnya.
"Kami membalas, kami tak buat sebarang keputusan lagi," kata ejen. "Tapi, kami tak akan membuat Inter menunggu terlalu lama."
"Saya jamin menjelang hujung minggu, kami akan beritahu keputusan.Saya tak boleh bercakap lebih sekarang."
Inter membayar Roma nilai yang dilaporkan €16 juta (£12.8 juta) untuk membawa Chivu kepada Appiano Gentile pada 2007.
Sumber : www.wiselonline.com
0 comments:
Catat Ulasan